KPT Terus Membudaya Aktiviti Sihat 10,000 Langkah

KPT Terus Membudaya Aktiviti Sihat 10,000 Langkah

Warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus membudaya gaya hidup sihat dengan menyertai program ‘KPT SIHAT: 10,000 LANGKAH’ yang berlangsung di Presint 5 dan 6 Putrajaya petang tadi.

Puluhan warga KPT kembali beraksi menyertai aktiviti riadah ini setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan dengan diketuai oleh Ketua Setiausaha (KSU), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Dengan melakukan aktiviti seperti berjalan dan bersenam ini, ia berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit kronik dan meningkatkan daya tahan tubuh badan, menurut pakar-pakar kesihatan.

Selain itu, ia juga merupakan platform riadah dan ramah mesra antara pengurusan tertinggi kementerian bersama warga. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 486
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 03 Mei 2024, 17:19:48.